Penasihat kanan politik perdana menteri berkata beliau sudah kemuka cadangan itu kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.Penasihat kanan politik perdana menteri berkata beliau sudah kemuka cadangan itu kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Tengku Zafrul cadang tanding PRU16 di Selangor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Tengku Zafrul AzizTengku Zafrul Aziz berkata beliau serah kepada pucuk pimpinan untuk memberikan kepercayaan kepadanya bertanding di mana-mana kawasan Parlimen yang terdapat kekosongan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Penasihat kanan politik perdana menteri, Tengku Zafrul Aziz mengemukakan cadangan untuk bertanding di Selangor pada PRU16.

Beliau berkata cadangan itu dikemukakan kepada pucuk pimpinan PKR bagi mendapatkan persetujuan Presiden Anwar Ibrahim.

“Saya telah memberikan cadangan supaya kalau ada pilihan raya, terutamanya PRU, saya diberi peluang untuk bertanding di Selangor, tetapi belum ada keputusan muktamad,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Yayasan TZA.

Ahli PKR bagi Cabang Ampang itu berkata secara peribadinya, beliau tidak mempunyai kawasan sasaran, namun menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk memberikan kepercayaan kepadanya bertanding di mana-mana kawasan Parlimen yang terdapat kekosongan.

“Sebagai ahli parti dan ahli di Cabang Ampang memang banyak luangkan masa di Ampang dan juga di Pandan dan beberapa lagi kawasan lain yang saya diminta untuk bantu.

“Di Pandan ada kekosongan … Ahli Parlimen tidak ada lagi dan saya diminta untuk memantau di Ampang sebagai wakil,” katanya.

Pada 30 Mei tahun lepas, Tengku Zafrul yang sebelum ini calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada PRU15 mengumumkan peletakan jawatannya dalam Umno dan menyertai PKR.

Naib Presiden PKR Amirudin Shari kemudian mengumumkan pelantikan Tengku Zafrul sebagai pegawai pemantau parlimen Pandan dan Ampang, seiring dengan langkah parti menjadikan parlimen Pandan kawasan angkat kepada Anwar.

Sebelum ini, bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mengumumkan keluar daripada PKR dan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel