Pengerusi GRS Hajiji Noor berkata mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu buat keputusan sebulat suara terima Upko.Pengerusi GRS Hajiji Noor berkata mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu buat keputusan sebulat suara terima Upko.

GRS terima Upko sebagai komponen baharu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Hajiji Noor Ewon Benedick fb pic 29526Ewon Benedick menyerahkan permohonan menyertai GRS kepada Hajiji Noor pada pertemuan 29 Mei lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Upko menjadi ahli keenam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas permohonannya bulan lalu diterima secara rasmi dan berkuat kuasa serta merta.

Pengerusinya Hajiji Noor berkata mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) GRS hari ini sebulat suara membuat keputusan terbabit, lapor Sinar Harian.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata keputusan itu selaras dengan perjuangan GRS yang berteraskan slogan Sabah United, Sabah First.

Menurutnya, penyertaan Upko akan memperkukuh kedudukan parti-parti tempatan dalam gabungan berkenaan.

“Kita mahu mewujudkan dan mengekalkan kestabilan kerajaan negeri yang ada pada hari ini,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis Tertinggi Upko yang bersidang pada 25 Mei lalu sebulat suara memutuskan untuk menyertai GRS.

Empat hari kemudiannya, Presiden Upko Ewon Benedick menyerahkan permohonan secara rasmi kepada Hajiji.

Beliau dipetik berkata Upko mahu menyumbang kepada penyatuan dan kerjasama parti-parti tempatan Sabah bagi memperkukuh usaha membangunkan masa depan negeri itu.

Selain itu memperjuangkan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sebelum PRN Sabah pada November tahun lalu, Upko mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH), berkuat kuasa serta-merta.

Pilihan raya itu menyaksikan Upko menang 3 daripada 25 kerusi ditandingi dan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri dipimpin Hajiji.

Ewon dilantik sebagai timbalan ketua menteri dalam Kabinet Sabah.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel