Peguam keluarga berkata siasatan polis masih belum beri penjelasan menyeluruh mengenai kejadian.Peguam keluarga berkata siasatan polis masih belum beri penjelasan menyeluruh mengenai kejadian.

Waris kes tembak Durian Tunggal mahu SPRM siasat dakwaan salah guna kuasa

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Arun DoraisamyMenurut peguam Arun Dorasamy, keluarga 3 lelaki yang didakwa ditembak mati oleh polis di Melaka tahun lepas harap SPRM dapat teliti sama ada wujud unsur salah guna kuasa atau pelanggaran prosedur dalam pengendalian kes.

PUTRAJAYA: Keluarga tiga lelaki yang ditembak mati dalam kejadian di Durian Tunggal, Melaka, pada November tahun lepas menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa berkaitan kes itu.

Arun Dorasamy selaku peguam mewakili keluarga mangsa berkata, anak guamnya memohon sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan perkembangan siasatan yang menurutnya masih belum memberikan penjelasan menyeluruh berhubung kejadian itu.

Tambahnya, keluarga mangsa turut mengemukakan beberapa bahan yang didakwa boleh membantu siasatan pihak berkuasa, termasuk rakaman audio yang didakwa merakam keseluruhan kejadian, analisis forensik audio oleh penyiasat bebas, gambar individu yang didakwa berada di lokasi kejadian, serta maklumat berkaitan telefon pintar dan jam pintar mangsa yang dikatakan hilang.

“Kami mahu perkara ini disiasat secara bebas dan telus. Masih terdapat banyak persoalan yang belum terjawab sehingga hari ini,” katanya di luar ibu pejabat SPRM.

Justeru, katanya, keluarga mangsa berharap SPRM dapat meneliti sama ada wujud unsur penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran prosedur dalam pengendalian kes itu.

Pada 26 Mei lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman M Kumar berkata, polis telah menyerahkan semula kertas siasatan insiden tembakan maut itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) selepas melengkapkan beberapa arahan tambahan.

Menurutnya, kertas siasatan itu telah dirujuk beberapa kali kepada AGC, termasuk bagi mendapatkan keterangan lanjut saksi serta menjelaskan beberapa fakta berkaitan kes.

Dalam kejadian awal pagi 24 Nov tahun lalu, G Logeswaran, 29, M Puspanathan, 21, dan M Puvaneswaran, 24, maut ditembak dalam operasi polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal, selepas seorang daripada mereka didakwa menyerang anggota polis dengan parang.

Anggota polis berpangkat koperal berusia awal 30an itu dilaporkan cedera parah pada lengan kiri akibat diserang.

Kes itu kemudian diklasifikasikan semula untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan membunuh, selepas AGC meneliti laporan dan taklimat daripada polis.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0.01018
$0.01018$0.01018
0.00%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel