Polis turut merampas empat paket plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki dadah jenis kokain.Polis turut merampas empat paket plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki dadah jenis kokain.

Sindiket ‘mini kasino’ di Bukit Jalal tumpas, 15 ditahan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
poker gamePolis merampas peralatan perjudian termasuk meja kasino, ratusan cip judi dan daun terup dalam serbuan di sebuah unit kondominium mewah di Bukit Jalil Sabtu lalu. (Gambar Magnific)

PETALING JAYA: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian dalam talian dan mini kasino selepas menyerbu sebuah unit kediaman mewah di Bukit Jalil, Cheras, pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Lim Chun How berkata, seramai 15 individu berusia antara 21 hingga 44 tahun telah ditahan menerusi Op Noda/Dadu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) IPD Cheras.

“Pecahan tangkapan melibatkan 12 lelaki warga tempatan berketurunan Cina, seorang wanita tempatan berketurunan Cina, seorang wanita tempatan berketurunan Melayu, dan seorang wanita warga asing warga Vietnam,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Lim, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk operasi haram tersebut termasuk meja kasino ‘Texas Holdem’, ratusan cip judi, daun terup, set komputer riba, dan sistem audio karaoke.

Katanya, wang tunai berjumlah kira-kira RM4,000 turut disita dalam serbuan tersebut.

“Polis juga menjumpai dan merampas empat paket plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki dadah jenis kokain,” katanya sambil menambah salah
seorang suspek merupakan individu yang dikehendaki bersabit kes dadah di Pulau Tikus, Pulau Pinang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan) 1992, Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0.01205
$0.01205$0.01205
+0.16%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel