Ada pemerhati politik merasakan PAS (baca: Hadi) mahu kumpul semua parti Melayu-Islam dalam satu gabungan raksasa.Ada pemerhati politik merasakan PAS (baca: Hadi) mahu kumpul semua parti Melayu-Islam dalam satu gabungan raksasa.

Menuju negara serban?

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com

Mungkin ada betulnya, mungkin tidak dakwaan Marzuki Mohamad, bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin Yassin bahawa Presiden PAS Hadi Awang bertindak bagai ‘supreme leader’ dalam Perikatan Nasional. Marzuki merujuk keputusan melantik Hamzah Zainudin duduk semula jawatan ketua pembangkang dan pemberian izin kepada parti yang ditubuhkan Hamzah menggunakan logo PN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Kata Marzuki, keputusan tidak dibuat melalui mesyuarat majlis tertinggi PN. Katanya lagi, Hadi dilihat punya kuasa besar dalam menentukan keputusan PN walaupun beliau bukan ahli majlis tertinggi.

Kata Hadi, keputusan dibuat secara bermusyawarah melibatkan pimpinan PAS dan Ahli Parlimen PN. Ini berkaitan jawatan ketua pembangkang. Pasal izin guna logo pula Hadi tidak mengulas lanjut selain berkata, “setakat ini memang guna logo PN (calon Wawasan)”. Wawasan singkatan untuk Parti Wawasan Negara, yang baru dilancarkan Hamzah.

Keputusan melantik semula Hamzah sebagai ketua pembangkang dan mengizinkan partinya guna logo PN sekadar membuktikan apa yang ramai sudah tahu, yakni Hadi memang suka Hamzah. Favour Hamzah over Muhyiddin Yassin. Why? I don’t know.

Kenyataannya, kita sudah tahu apa yang PAS lakukan berhubung kerjasama politik dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin. Ambil balik jawatan ketua pembangkang daripada Ahmad Samsuri Mokhtar untuk diberi kepada Hamzah apa pula ceritanya?

Bukankah Samsuri seorang daripada tiga naib presiden PAS, dan dipercayai anak emas presiden?

Mungkinkah nasib beliau seperti pemimpin Umno, Ismail Sabri Yaakob? ‘Disabo’ oleh presiden dan parti sendiri? Mungkinkah Samsuri memang tahu beliau sekadar memanaskan kerusi ketua pembangkang buat seketika sebelum diserahkan kembali kepada Hamzah apabila tiba waktunya? Beliau rela dan akur?

Semasa beliau memegang dua jawatan serentak iaitu ketua pembangkang dan pengerusi PN, Dr Sam dilihat sebagai ‘poster boy’ PN yang dikatakan boleh diterima oleh masyarakat bukan Melayu, bukan sahaja orang Melayu-Islam. Sekarang siapa ‘poster boy’ PN? Hamzah atau Samsuri?

Yang nyata Parti Wawasan Negara pimpinan Hamzah akan masuk PN. That’s a given. Buktinya ia belum jadi komponen PN tetapi sudah boleh guna logo PN. What more proof you need?

Wawasan seakan clone PAS. Namanya pun diberi oleh Hadi, kata Hamzah. Warisan mungkin diharap dapat memberi imej moderat kepada PN yang dikuasai PAS yang dilihat keras. Bolehkah Wawasan menjalankan tugas jika dilihat di bawah bayang-bayang PAS?

Sehingga kini saya tidak pasti sama ada ia parti untuk Melayu sahaja atau multiracial party.

Apa pun dengan adanya Wawasan dalam PN, apa langkah Bersatu? Muhyiddin sehingga kini bertekad partinya terus kekal dalam PN. Umum tahu selama ini beliau tidak mahu Hamzah dan orangnya menyertai PN walau dalam apa juga bentuknya, apa lagi as a full fledge political party.

Hadi kata, terpulang kepada Muhyiddin sama ada mahu keluar atau kekal dalam PN. Ikut logik Bersatu pasti keluar, malah wajib keluar, tetapi bila bercakap pasal politik logik sering dibelakangkan.

Mungkinkah Muhyiddin akan swallow his pride dan kekal dalam PN meskipun tidak berkenan dengan Wawasan dan PAS sudah putus kerjasama politik dengan mereka? Mungkinkah Hadi memujuk?

Pertanyaan diaju kerana ada pemerhati politik merasakan PAS (baca: Hadi) mahu mengumpulkan semua parti Melayu-Islam dalam satu gabungan raksasa, membawa atau cuba bawa masuk Umno, Amanah dan lain-lain parti Melayu kecil. Maksudnya they get their act together iaitu Muafakat Nasional campur Rumah Besar campur Payung Besar.

Siapa yang pimpin? Patutnya PAS kerana ini idea mereka. Mungkin they will cross the bridge when they get to it. Anyway, rasanya hanya PKR dan Bersama are not in their plan.

Kata seorang pemerhati politik, dari segi angka dan demografi gabungan ini yakin ia punyai harapan tubuh kerajaan pada PRU16. Menurut formulanya, kerusi majoriti Melayu akan mereka sapu bersih tetapi ini di Semenanjung.

“Kita menuju negara serban,” kata seorang kawan lama berseloroh. Kata-kata beliau saya pinjam untuk dijadikan tajuk artikel ini.

Realiti politik selama ini khususnya pasca PRU15 menunjukkan mana-mana gabungan yang mahu membentuk kerajaan yang stabil memerlukan sokongan blok Sabah dan Sarawak. Menurut seorang lagi pemerhati politik, secara matematik (atau teori) kerajaan ‘Semua Melayu’ boleh dibentuk jika semua parti Melayu bersatu.

Tetapi kata beliau, dari sudut kestabilan jangka panjang dan tadbir urus sebuah negara majmuk seperti Malaysia, formula terbaik dan paling praktikal yang sering diguna pakai tetap memerlukan formula perkongsian kuasa yang turut merangkumi wakil daripada Sabah, Sarawak serta semua kaum semua agama demi menjamin keharmonian nasional dan kesejahteraan negara.

Kata saya pula, kerajaan ‘Semua Melayu’ hanya boleh ditubuhkan apabila warga negara ini semuanya orang Melayu. 100%. Mungkin berlaku pada tahun-tahun mendatang atau not in a million years?

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.05642
$0.05642$0.05642
-0.72%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel