Naib Presiden Leben Siddarth kata menyelaraskan PRN Johor dan Negeri Sembilan merupakan pendekatan lebih cekap dan munasabah.Naib Presiden Leben Siddarth kata menyelaraskan PRN Johor dan Negeri Sembilan merupakan pendekatan lebih cekap dan munasabah.

Muda persoal tarikh pengundian tidak serentak

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
EC SPRPengerusi SPR dilaporkan berkata logistik dan tahap kesiapsiagaan antara sebab PRN Johor dan Negeri Sembilan tidak diadakan secara serentak.

PETALING JAYA: Muda mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyelaraskan jadual pengundian Johor bagi membolehkan pengundian dijalankan pada hari yang sama dengan Negeri Sembilan.

Terdahulu, media memetik SPR sebagai berkata Negeri Sembilan memerlukan tempoh persediaan lebih panjang sebagai sebab pengundian di negeri tersebut tidak diadakan serentak.

“Menyelaraskan kedua-dua pilihan raya ini merupakan pendekatan yang lebih cekap dan munasabah,” kata Naib Presiden Muda, Leben Siddarth.

“Sebaliknya, rakyat kini berdepan dua proses pengundian yang berasingan, dua pengerahan jentera pilihan raya yang berasingan, dan dua pusingan perbelanjaan berasingan yang ditanggung oleh pembayar cukai.”

SPR mengumumkan bahawa pengundi Johor akan keluar mengundi pada 11 Julai manakala Negeri Sembilan pada 1 Ogos, susulan pembubaran DUN pada awal bulan ini.

Pengerusi Ramlan Harun dilaporkan berkata logistik dan tahap kesiapsiagaan antara sebab PRN Johor dan Negeri Sembilan tidak diadakan secara serentak.

Beliau berkata pembubaran DUN Negeri Sembilan secara mengejut menyebabkan persediaan di negeri itu belum dapat dilakukan sepenuhnya.

PRN Johor dianggarkan menelan kos RM86.8 juta, manakala PRN Negeri Sembilan menelan kos RM80.6 juta.

Selain aspek logistik, Leben berkata tarikh berbeza itu menimbulkan kebimbangan mengenai keadilan politik, berhujah bahawa keputusan daripada PRN Johor akan mencorak naratif politik, liputan media, dan sentimen pengundi menjelang kempen di Negeri Sembilan.

“Ramai yang mempersoalkan sama ada keputusan untuk memisahkan tarikh pengundian ini adalah semata-mata urusan pentadbiran atau sama ada pertimbangan politik diambil kira,” katanya.

Beliau berkata Muda tidak mempersoalkan kebebasan SPR, namun institusi bebas patut terima baik penelitian dan bersedia untuk menjelaskan keputusan-keputusan besar yang menjejaskan keyakinan orang awam terhadap proses pilihan raya.

“Integriti proses pilihan raya kita bukan sahaja bergantung kepada pilihan raya yang adil, malah kepada keyakinan awam bahawa keputusan pilihan raya dibuat secara telus, konsisten, dan tanpa menyebelahi mana-mana kepentingan politik,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002598
$0.00002598$0.00002598
-0.11%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage