Sasaran saiz dana sekitar RM50 juta tahun ini dengan fokus utama menarik penyertaan pelabur runcit dan institusi.Sasaran saiz dana sekitar RM50 juta tahun ini dengan fokus utama menarik penyertaan pelabur runcit dan institusi.

BIMB Investment lancar BOF, sasar syarikat modal kecil berpotensi tinggi

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment Amran Zaki Mohd Nasir dan Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Perbankan Institusi Bank Islam Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir bersama pegawai lain ketika pelancaran BIMB Opportunities Fund Isnin lalu.

KUALA LUMPUR: Pelabur kini berpeluang mengambil bahagian dalam pertumbuhan syarikat bermodal kecil berpotensi di Bursa Malaysia menerusi dana pelaburan patuh syariah baharu anak syarikat Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment) iaitu BIMB Opportunities Fund (BOF).

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Perbankan Institusi Bank Islam, Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir, berkata BOF memberi peluang kepada pelabur untuk mempelbagaikan portfolio mereka di luar saham ‘blue chip’ dan instrumen pendapatan tetap.

Sharifah Sarah Syed Mohamed TahirSharifah Sarah Syed Mohamed Tahir.

“Sebelum ini, kebanyakan pelaburan tertumpu kepada saham mewah, syarikat besar dan teknologi mahupun produk pendapatan tetap. Jadi, dana ini merupakan produk baharu yang kami perkenalkan bagi segmen pelabur tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran BOF di sebuah hotel di ibu negara, Isnin lalu.

Sharifah Sarah berkata, BIMB Investment menyasarkan penyertaan pelabur runcit dan institusi dengan saiz dana dijangka sekitar RM50 juta tahun ini.

Beliau berpandangan, sasaran itu realistik mengambil kira sebahagian besar pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negara suku pertama tahun ini dipacu oleh daya tahan syarikat bermodal kecil dan sederhana.

“Pelabur runcit boleh mula melabur serendah RM500. Dari segi pulangan pula, kami menyasarkan prestasi sejajar dengan jangkaan pasaran semasa iaitu pertumbuhan sekitar 8% hingga 10% setahun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Amran Zaki Mohd Nasir, menyifatkan syarikat bermodal kecil sebagai ‘permata tersembunyi’ yang berpotensi menjadi peneraju industri pada masa depan.

Amran Zaki Mohd NasirAmran Zaki Mohd Nasir.

“Apa yang kami cuba lakukan ialah mengenal pasti syarikat berpotensi tinggi dalam segmen modal kecil dan apabila mereka berkembang, bukan sahaja dapat menyokong pasaran modal tetapi turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, transformasi syarikat ini kepada entiti yang lebih besar akan membuka peluang kepada syarikat terbabit untuk menembusi pasaran baharu dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus memberikan impak positif kepada rantaian ekonomi domestik.

BOF yang ditawarkan dalam ringgit akan melabur sekurang-kurangnya 70% daripada nilai aset bersihnya dalam sekuriti ekuiti patuh syariah atau sekuriti berkaitan ekuiti dengan pelaburan minimum RM500 dan pelaburan tambahan RM200.

Sehingga 30 April lalu, BIMB Investment menguruskan aset sekitar RM1.7 bilion merangkumi 17 dana pelaburan termasuk mandat persendirian.

Pelabur yang berminat melanggan BOF boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Islam di talian 03-2690 0900, e-mel kepada contactcenter@bankislam.com.my atau mengunjungi cawangan Bank Islam terdekat.

Harga harian dan maklumat lanjut mengenai dana ini boleh didapati di laman web BIMB Investment.

Market Opportunity
INI Logo
INI Price(INI)
$0.00105
$0.00105$0.00105
-8.61%
USD
INI (INI) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage