Insiden melibatkan konvoi logistik Malbatt 850-13 yang melaksanakan misi ulang bekal rutin menuju ke Tyre.Insiden melibatkan konvoi logistik Malbatt 850-13 yang melaksanakan misi ulang bekal rutin menuju ke Tyre.

Serangan udara di Lubnan, 2 anggota Malbatt cedera ringan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
malbattAnggota terlibat cedera ringan akibat terkena serpihan cermin kenderaan, dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, menurut Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Dua anggota Batalion Malaysia (Malbatt) 850-13 cedera ringan akibat kesan sampingan daripada insiden serangan udara yang berlaku berhampiran Haris, Lubnan pagi ini ketika melaksanakan misi logistik rutin.

Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata insiden itu berlaku pada 9.25 pagi waktu tempatan, kira-kira satu kilometer di barat Pangkalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNP) 6-43 di kawasan Tibnin.

Beliau berkata insiden itu melibatkan konvoi logistik Malbatt 850-13 yang sedang melaksanakan misi ulang bekal rutin menuju ke Tyre.

“Akibat kejadian tersebut, dua anggota terkena serpihan cermin kenderaan dan mengalami kecederaan ringan, manakala dua kenderaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalami kerosakan material luaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Khaled berkata kedua-dua anggota yang cedera telah menjalani pemeriksaan perubatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala waris mereka telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Beliau berkata sejurus selepas kejadian, Pasukan Tindak Balas Pantas (QRF) Malbatt 850-13 daripada UNP 6-43 diaktifkan dengan sokongan pasukan perubatan dan elemen logistik bagi membantu anggota terlibat serta menguruskan pemulihan kenderaan yang terjejas kembali ke pangkalan.

“Pasukan yang tiba di lokasi telah melaksanakan penilaian keselamatan, memeriksa keadaan anggota dan kenderaan sebelum mengatur pergerakan konvoi kembali ke pangkalan dengan selamat,” katanya.

Mohamed Khaled berkata Malbatt 850-13 turut meningkatkan langkah berjaga-jaga termasuk memperketat prosedur pergerakan konvoi dan mempertingkatkan pemantauan situasi keselamatan semasa.

Selain itu, koordinasi dengan Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) turut diperkukuh serta melaksanakan penilaian risiko yang lebih menyeluruh sebelum melakukan sebarang pergerakan di kawasan operasi.

“Kementerian Pertahanan menerusi Angkatan Tentera Malaysia akan terus memantau perkembangan situasi keselamatan di kawasan operasi dan memastikan tahap kesiapsiagaan anggota sentiasa berada pada tahap tertinggi bagi menjamin keselamatan serta kelancaran pelaksanaan mandat misi pengaman di Lubnan,” katanya.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage