Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairudin berkata cecair daripada bunga ganja akan diproses sebagai perasa bagi tujuan khayal.Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairudin berkata cecair daripada bunga ganja akan diproses sebagai perasa bagi tujuan khayal.

Bunga ganja 22kg untuk perisa vape dirampas

2026/06/21 14:32
Okuma süresi: 1 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairudin, berkata bunga ganja bernilai RM1.76 juta itu dibawa masuk melalui jalan laut oleh sindiket antarabangsa. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bunga ganja seberat 22kg dipercayai diseludup masuk melalui rangkaian sindiket antarabangsa dirampas dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu.

Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairudin, berkata serbuan pada 3.30 petang, Ahad lalu, turut menahan lelaki berusia 39 dan 50 tahun dengan dadah bernilai RM1.76 juta itu disyaki dibawa melalui jalan laut.

“Siasatan awal mendapati dua suspek itu berperanan sebagai penjaga stor kepada sindiket yang dipercayai aktif sejak Mac lalu.

“Bunga ganja itu perlu diproses untuk mendapatkan cecair yang kita percaya digunakan sebagai perasa rokok elektronik yang boleh mengkhayalkan,” katanya menurut Bernama, di Kuala Terengganu.

Khairi berkata, dadah dirampas itu dianggarkan boleh digunakan kira-kira 44,000 penagih dan dipercayai untuk pasaran antarabangsa.

Katanya, polis turut menyita pelbagai harta bernilai RM149,000, iaitu sebuah kereta Hyundai Tucson, motosikal BMW, Yamaha NVX, dan Yamaha 135LC serta wang tunai RM6,000.

Beliau berkata, reman dua beradik itu disambung tujuh hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Piyasa Fırsatı
Star Atlas DAO Logosu
Star Atlas DAO Fiyatı(POLIS)
$0.01052
$0.01052$0.01052
-3.30%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Canlı Fiyat Grafiği

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order