Bendahari Agung Iskandar Samad sangkal dakwaan PAS 'kuku besi' susulan pemberhentian khidmat dua pemimpin Bersatu.Bendahari Agung Iskandar Samad sangkal dakwaan PAS 'kuku besi' susulan pemberhentian khidmat dua pemimpin Bersatu.

Dr Sam pecat Radzi, Azmin berdasarkan perlembagaan, kata pemimpin PAS

2026/06/18 20:00
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Pemimpin PAS mempertahankan tindakan pengerusi PN memberhentikan khidmat pemimpin Bersatu, Radzi Jidin dan Azmin Ali.

PETALING JAYA: Tindakan menghentikan khidmat pemimpin Bersatu, Radzi Jidin dan Azmin Ali, dibuat berdasarkan perlembagaan Perikatan Nasional, menurut seorang pemimpin PAS menjawab dakwaan ‘kuku besi’.

Bendahari Agung Iskandar Samad berkata tindakan oleh Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar itu berdasarkan Fasal 8.3 (v), (vi), (vii).

“Kuku besi jika tidak ikut perlembagaan atau bertindak sesuka hati,” katanya kepada FMT, mengulas dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.

Menurutnya, pengerusi terdahulu iaitu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin turut menggunakan fasal kuasa jawatan itu dalam membuat pelantikan.

“Jadi kenapa perlu pertikaikan Samsuri?” katanya.

Semalam, Samsuri mengumumkan khidmat Radzi sebagai ketua pengarah pilihan raya PN dan Azmin sebagai timbalan setiausaha agung gabungan itu dihentikan serta-merta, dalam penstruksturan semula pentadbiran PN bagi menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Radzi adalah pemangku timbalan presiden Bersatu, manakala Azmin setiausaha agung.

Radzi digantikan dengan Sanusi Nor yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS, manakala Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia Subramaniam Surunaryan dilantik untuk mengisi kekosongan bendahari.

Tun Faisal mendakwa langkah Samsuri itu sebahagian ‘permainan politik kotor’ PAS bertujuan melemahkan kedudukan Bersatu dalam struktur kepimpinan PN.

Menurutnya, pengguguran Radzi dan Azmin mengubah keseimbangan undi dalam majlis tertinggi (MT) PN jika berlaku pengundian.

Tun Faisal mendakwa susunan baharu memberi kelebihan kepada PAS untuk memperoleh sokongan majoriti dengan bantuan Gerakan.

Iskandar bagaimanapun berkata menolak dakwaan PAS kini menguasai MT PN, kerana parti itu bukan majoriti dalam majlis tersebut.

“Tun Faisal sendiri hanya menyebut kemungkinan itu berlaku sekiranya PAS mendapat sokongan Gerakan. ‘Jika’ belum tentu pasti. Kenapa perlu bimbang,” katanya.

Iskandar turut mempersoalkan tindakan melabel PAS sebagai ‘kuku besi’, serta penggunaan istilah ‘Kluster Publika’.

“Adakah kerana mahu mengisytiharkan perang dengan PAS dan hendak memecah-belahkan PAS,” katanya.

Pemberhentian ini berlatarkan kemelut antara Bersatu dan PAS, yang baru-baru ini menghentikan kerjasama antara kedua-dua parti. Samsuri adalah naib presiden PAS.

Susulan kenyataan Muhyiddin kelmarin bahawa partinya sedia berdepan PAS, Naib Presiden Amar Abdullah berkata Bersatu perlu keluar daripada PN terlebih dahulu jika mahu ‘lawan’ partinya.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002962
$0.00002962$0.00002962
+2.70%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel