Mahfodz Mohamed berkata PAS dan Bersatu kini bebas menentukan haluan masing-masing untuk PRN Johor susulan terhentinya kerjasama politik antara dua parti.Mahfodz Mohamed berkata PAS dan Bersatu kini bebas menentukan haluan masing-masing untuk PRN Johor susulan terhentinya kerjasama politik antara dua parti.

‘Move forward’, PAS Johor tiada masalah Bersatu ada kawan baharu

2026/06/16 17:11
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Mahfodz Mohamed n Faizal AzumuMahfodz Mohamed berkata Bersatu tidak perlu menunggu sebarang ‘isyarat’ daripada PAS untuk menggerakkan jentera pilihan raya seperti disuarakan Ahmad Faizal Azumu.

PETALING JAYA: PAS Johor menganggap tindakan Bersatu bergerak lebih awal bagi menghadapi PRN Johor sebagai sesuatu yang wajar, memandangkan kedua-dua parti kini tidak lagi terikat sebarang kerjasama politik.

Pesuruhjayanya Mahfodz Mohamed berkata Bersatu tidak perlu menunggu sebarang ‘isyarat’ daripada PAS untuk menggerakkan jentera pilihan raya kerana masing-masing kini bebas menentukan haluan sendiri.

Menurutnya, PAS Johor tiada masalah dengan kerjasama Bersatu dengan parti lain termasuk ‘kawan’ baharu dari Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) seperti dinyatakan Naib Presidennya Ahmad Faizal Azumu.

“Bila PAS hentikan hubungan dengan Bersatu, memanglah kita tidak bersama pada PRN Johor… masing-masing cari kawan.

“Sebagai parti politik, mereka kena bergerak untuk ‘move forward’,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Faizal yang parti itu bergerak dahulu bersama komponen Perikatan Nasional (PN) dan IPR bagi menghadapi PRN Johor dijadual 11 Julai depan.

Beliau mendakwa Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar masih belum memanggil mesyuarat gerak kerja jentera PRN16 Johor, walaupun DUN Johor sudah lebih dua minggu dibubarkan.

Menurutnya, Bersatu tidak boleh terus menunggu ‘isyarat PAS’ kerana sebarang kelewatan hanya akan memberi kelebihan kepada pihak lawan.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata PAS juga tidak menolak kemungkinan membina jajaran politik baharu selepas ini, mengambil kira pengalaman panjang parti itu bekerjasama dengan pelbagai pihak sebelum ini.

“Mereka pun ada jajaran baharu, kita pun ada kawan juga nanti. Dalam politik ini ada dinamik.

“Kawan tidak selama-lamanya kawan, musuh tidak selama-lamanya musuh. Ikut keadaan masing-masing,” katanya sambil mengimbau kerjasama PAS antaranya dengan DAP dan Semangat 46.

Kemelut dalaman PN tercetus selepas PAS memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu.

Keadaan juga tegang apabila Presiden PAS Hadi Awang mengumumkan Parti Wawasan Negara (Wawasan) pimpinan Hamzah Zainudin akan dibenar menggunakan logo PN untuk bertanding pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Hamzah dipecat Bersatu pada Februari lalu susulan kemelut pimpinan menyaksikan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin didesak meletak jawatan presiden.

Piyasa Fırsatı
Movement Logosu
Movement Fiyatı(MOVE)
$0.01239
$0.01239$0.01239
+0.97%
USD
Movement (MOVE) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel