Abdul Karim Rahman Hamzah berkata menolak spekulasi kehadiran presiden PDP itu sebagai tanda sokongan.Abdul Karim Rahman Hamzah berkata menolak spekulasi kehadiran presiden PDP itu sebagai tanda sokongan.

Tiong hadir ceramah PH atas kapasiti peribadi, bukan wakili GPS

2026/06/16 14:13
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Tiong King SingTiong King Sing berucap pada ceramah umum Pakatan Harapan di Muar, malam tadi.

PETALING JAYA: Kehadiran Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Tiong King Sing dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) Johor di Muar malam tadi adalah atas kapasiti peribadi beliau bukan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah menolak kehadiran menteri pelancongan, seni dan budaya itu dengan sebarang spekulasi cuba mengaitkan GPS dengan kempen politik.

abdul karim rahman hamzahAbdul Karim Rahman Hamzah.

“GPS kekal konsisten dengan pendirian politik untuk tidak mencampuri urusan pilihan raya di mana-mana negeri lain.

“Sebarang spekulasi mengaitkan GPS dengan aktiviti kempen itu adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Sebuah portal hari ini melaporkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Muammar Qaddafi yang mendakwa kehadiran Tiong ke ceramah PH itu memberi petanda sokongan pemimpin parti dari Borneo kepada gabungan itu pada PRN Johor seterusnya PRU16.

PRN Johor dijadualkan 11 Julai depan.

Pada PRN 2020, Barisan Nasional (BN) menang 40 kerusi manakala PH memperoleh 12 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi dan Muda satu kerusi.

Tiong turut mencetuskan kontroversi ketika PRN Sabah pada November 2025 selepas berkempen untuk PH di Tawau, walaupun GPS mengarahkan pemimpinnya supaya tidak terbabit dalam kempen pilihan raya itu.

Tiong menafikan melanggar arahan itu sebaliknya menjelaskan keberadaannya itu bagi menjalankan tugasnya sebagai menteri pelancongan, seni dan budaya.

Piyasa Fırsatı
GoPlus Security Logosu
GoPlus Security Fiyatı(GPS)
$0.009295
$0.009295$0.009295
+2.91%
USD
GoPlus Security (GPS) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel