Suka atau tidak penduduk Semenanjung yang membenci politik perkauman hanya mempunyai dua pilihan: PH atau Bersama walaupun parti kedua itu akan dibayangi pakatanSuka atau tidak penduduk Semenanjung yang membenci politik perkauman hanya mempunyai dua pilihan: PH atau Bersama walaupun parti kedua itu akan dibayangi pakatan

Gandingan PAS-Umno tak dapat dielak lepas Bersatu disingkir

2026/06/15 09:00
Okuma süresi: 3 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.

Hari untuk Bersatu semakin suntuk. Keputusan PAS memutuskan hubungan dengan parti pimpinan Muhyiddin Yassin boleh disifatkan paku terakhir pada keranda parti itu. Namun, apa pula kesannya kepada Malaysia dan PRU16?

Satu perkara yang pasti, PAS dan Umno, dua parti Melayu terbesar tahu mereka berada dalam masalah. Jika dua parti itu memutuskan bertembung sesama sendiri pada pilihan raya, kedua-duanya cukup kuat (dan cukup bodoh) untuk saling menumbangkan satu sama lain.

Prestasi suram ekonomi di negeri pimpinan PAS iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis – yang digelar SG4 – akan tenggelam di sebalik kebangkitan ekonomi Malaysia di bawah kerajaan perpaduan Madani, yang turut dianggotai Umno.

Namun, Umno pun sedang berkira-kira untuk beralih arah: ia lebih rela menjadi kapten, berbanding menjadi kelasi kelas pertama. Memainkan peranan kedua di belakang Pakatan Harapan (PH) tidak disenangi Umno kerana sudah terbiasa berada di puncak kuasa selama enam dekad.

Parti pimpinan Zahid Hamidi itu mahu merintis jalan kembali ke puncak kuasa dan menggunakan PRN Johor serta Negeri Sembilan sebagai batu loncatan.

DUN Melaka pula akan dibubarkan menjelang akhir tahun ini dan Zahid mungkin terpaksa meninggalkan PH secara dramatik.

Gandingan PAS-Umno tidak dapat dielak lagi, tidak kira apa pun nama yang akan diberikan kepada penyatuan keduanya.

Dua parti itu mempunyai beberapa sebab bekerjasama dengan kerajaan tanpa DAP antara faktornya. Satu-satunya persoalan tinggal ialah, siapakah akan mendominasi hubungan berkenaan.

Suka atau tidak, penduduk Semenanjung yang membenci politik perkauman hanya mempunyai dua pilihan: PH atau Parti Bersama Malaysia (Bersama), meskipun parti yang kedua itu akan dengan mudahnya dibayangi pakatan PAS-Umno.

Andai rakyat Malaysia bersatu menyokong PH, diharapkan bersama Bersama sebagai rakan kongsi baharu, masih ada peluang untuk negara ini menyekat pembentukan satu pentadbiran yang hanya dianggotai orang Melayu sahaja.

Bagaimanapun, penentu sebenar adalah parti di Sabah dan Sarawak. Rakyat Malaysia Timur sememangnya sudah pun menjadi pemenang: tanpa mengira apa jua keputusannya, seorang timbalan perdana menteri pasti akan datang dari salah satu daripada dua negeri itu.

Itulah masa depan Malaysia dalam tempoh mendatang.

Namun, walaupun Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyokong PH-Bersama, tidak bermakna segalanya akan berjalan lancar dan sempurna di Semenanjung.

Leboh-lebih lagi, apa yang saya bimbangkan ialah keadaan akan menjadi lebih rapuh dan tidak menentu, memandangkan keghairahan PAS dan Umno akan memperalatkan isu kaum dan agama.

Sebab itulah pengundi mesti mengawal rasa tidak sabar mereka terhadap rentak reformasi dan terus menyokong PH bagi membantu menepis momokan kaum dan agama.

Jika rakyat Malaysia lebih gemar memberi tumpuan kepada kelemahan kerajaan, kita mesti bersedia menghadapi kesan buruk yang bakal dibawa gandingan PAS-Umno yang semakin kuat.

Sejauh mana cara kita mengundi akan menentukan sama ada negara ini bakal menuju ke arah masa depan lebih cerah atau ke arah kehancuran.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Piyasa Fırsatı
Particle Network Logosu
Particle Network Fiyatı(PARTI)
$0.06174
$0.06174$0.06174
+1.21%
USD
Particle Network (PARTI) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel