Para menteri besar dan ketua menteri serta perdana menteri bersidang di Parlimen hari ini.Para menteri besar dan ketua menteri serta perdana menteri bersidang di Parlimen hari ini.

Pemulihan ekonomi, El Nino fokus mesyuarat ketua-ketua kerajaan

Per feedback o dubbi su questo contenuto, contattateci all'indirizzo crypto.news@mexc.com.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR: Usaha memperkukuh dan memulihkan ekonomi susulan ketidaktentuan global akibat konflik di Asia Barat antara fokus Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149, yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen, hari ini.

Mesyuarat turut meneliti tahap kesiapsiagaan negara menghadapi fenomena El Nino yang dijangka memberikan kesan ke atas bekalan air, sektor pertanian, keselamatan makanan serta meningkatkan risiko cuaca panas melampau dan jerebu.

“Penekanan turut diberikan kepada usaha memastikan setiap dasar dan inisiatif dilaksanakan secara lebih bersepadu, cekap dan berpaksikan kepentingan rakyat, di samping memperkukuh daya saing ekonomi, menarik pelaburan berkualiti serta menjamin kesejahteraan rakyat di seluruh negara,” kata Anwar di Facebook.

Mesyuarat itu memberikan tumpuan kepada pelbagai inisiatif kerajaan ke arah memperkukuh dan memulihkan ekonomi negara susulan cabaran serta ketidaktentuan yang berpunca daripada konflik di Asia Barat dan memberikan kesan kepada ekonomi global.

Anwar berkata semangat kebersamaan dan kesepakatan yang dizahirkan menerusi mesyuarat itu akan terus memperkukuh hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri demi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh oleh seluruh rakyat.

Opportunità di mercato
Logo ELYSIA
Valore ELYSIA (EL)
$0.001251
$0.001251$0.001251
-0.15%
USD
Grafico dei prezzi in tempo reale di ELYSIA (EL)

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: gli articoli ripubblicati su questo sito provengono da piattaforme pubbliche e sono forniti esclusivamente a scopo informativo. Non riflettono necessariamente le opinioni di MEXC. Tutti i diritti rimangono agli autori originali. Se ritieni che un contenuto violi i diritti di terze parti, contatta crypto.news@mexc.com per la rimozione. MEXC non fornisce alcuna garanzia in merito all'accuratezza, completezza o tempestività del contenuto e non è responsabile per eventuali azioni intraprese sulla base delle informazioni fornite. Il contenuto non costituisce consulenza finanziaria, legale o professionale di altro tipo, né deve essere considerato una raccomandazione o un'approvazione da parte di MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs