Pakar berkata ganjaran untuk pemanduan berhemah harus disokong penguatkuasaan lebih tegas serta penambahbaikan infrastruktur bagi mengoptimumkan keselamatan jalanPakar berkata ganjaran untuk pemanduan berhemah harus disokong penguatkuasaan lebih tegas serta penambahbaikan infrastruktur bagi mengoptimumkan keselamatan jalan

Insentif saja tak cukup untuk tingkat keselamatan jalan raya, kata pakar

2026/06/18 07:30
3 min di lettura
Per feedback o dubbi su questo contenuto, contattateci all'indirizzo crypto.news@mexc.com.
Inisiatif Cermat Madani menawarkan rebat premium insurans sehingga 10% kepada pemandu yang mempunyai rekod pemanduan berhemah apabila memperbaharui insurans mereka melalui aplikasi MyJPJ.

PETALING JAYA: Ia memerlukan lebih daripada sekadar insentif kewangan seperti rebat premium insurans kenderaan dalam usaha untuk menjadikan jalan raya lebih selamat, kata pakar.

Law Teik HuaLaw Teik Hua.

Ahli akademik Law Teik Hua dan penganalisis Wan Agyl Wan Hassan, berkata gabungan pelbagai langkah diperlukan untuk menjadikan pemandu lebih berhemah ketika berada di jalan raya.

Mereka berkata walaupun insentif di bawah skim Cermat Madani kerajaan merupakan langkah yang dialu-alukan, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia dengan lebih bermakna.

Law, dari Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, berkata skim itu sebagai satu bentuk insentif tingkah laku merupakan permulaan yang baik.

“Namun, lazimnya prestasi keselamatan jalan raya hanya menunjukkan peningkatan apabila insentif seperti ini disokong oleh penguatkuasaan, penambahbaikan infrastruktur, pendidikan dan teknologi maklumat,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata kerajaan boleh melengkapkan skim itu dengan pelaksanaan sistem pelesenan berasaskan risiko bagi pesalah berulang, meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur jalan raya serta memperluaskan penggunaan data keselamatan jalan raya bagi menyokong penguatkuasaan dan penggubalan dasar.

Beliau turut berkata syarikat insurans, pengeluar dan pengendali kenderaan boleh membantu meningkatkan keselamatan jalan raya menerusi program pendidikan pemandu dan teknologi keselamatan kenderaan.

Inisiatif Cermat Madani menawarkan rebat premium sehingga 10% kepada pemandu yang mempunyai rekod pemanduan berhemah apabila memperbaharui insurans melalui aplikasi MyJPJ.

Rebat itu diberikan kepada pemandu yang diklasifikasikan sebagai ‘berisiko rendah’ berdasarkan rekod pemanduan dan data saman trafik, selain ditawarkan di samping kadar maksimum diskaun tanpa tuntutan (NCD) sedia ada sehingga 55%.

Sebanyak 10 syarikat insurans dan takaful telah menyertai program tersebut.

wan agyl wan hassanWan Agyl Wan Hassan.

Wan Agyl, pengasas dan penasihat kanan badan pemikir pengangkutan MY Mobility Vision, berkata inisiatif itu memberi ganjaran kepada pemandu atas tingkah laku baik mereka dan bukannya hanya menghukum kesalahan yang dilakukan.

Beliau berkata premium insurans yang lebih rendah memberikan insentif nyata kepada pemandu untuk memandu dengan selamat. Namun, beliau menegaskan bahawa insentif semata-mata tidak akan menyelesaikan cabaran keselamatan jalan raya Malaysia.

“Jalan raya yang lebih selamat memerlukan gabungan insentif tingkah laku, penguatkuasaan yang konsisten dan sistem jalan raya yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga perlu memperkukuh penguatkuasaan automatik, mewajibkan penggunaan pengehad kelajuan dan pemantauan GPS bagi kenderaan komersial, menambah baik infrastruktur keselamatan motosikal serta menjalankan audit keselamatan jalan raya secara berkala bagi mengenal pasti lokasi berbahaya sebelum kemalangan berlaku.

Wan Agyl turut berkata kempen keselamatan jalan raya perlu dijalankan sepanjang tahun dan tidak hanya tertumpu pada musim perayaan.

Mengenai peranan pengguna jalan raya, beliau berkata keselamatan jalan raya bermula dengan tabiat harian seperti tidak menggunakan telefon ketika memandu, mematuhi had laju, memakai tali pinggang keledar dan topi keledar dengan betul serta mengelakkan pemanduan ketika keletihan.

“Kita perlu meninggalkan mentaliti mahu tiba dengan cepat dan sebaliknya mengutamakan tiba dengan selamat.

“Tiba di rumah lima minit lebih lewat sentiasa lebih baik daripada langsung tidak pulang ke rumah,” katanya.

Opportunità di mercato
Logo Katana Inu
Valore Katana Inu (KATA)
$0,0000312
$0,0000312$0,0000312
+2,12%
USD
Grafico dei prezzi in tempo reale di Katana Inu (KATA)

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: gli articoli ripubblicati su questo sito provengono da piattaforme pubbliche e sono forniti esclusivamente a scopo informativo. Non riflettono necessariamente le opinioni di MEXC. Tutti i diritti rimangono agli autori originali. Se ritieni che un contenuto violi i diritti di terze parti, contatta crypto.news@mexc.com per la rimozione. MEXC non fornisce alcuna garanzia in merito all'accuratezza, completezza o tempestività del contenuto e non è responsabile per eventuali azioni intraprese sulla base delle informazioni fornite. Il contenuto non costituisce consulenza finanziaria, legale o professionale di altro tipo, né deve essere considerato una raccomandazione o un'approvazione da parte di MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel