Wakil rakyat DAP Lim Lip Eng kecewa tiada permohonan maaf atau ulasan dakwaan manipulasi rekod perubatan banduan di Penjara Taiping, tahun lalu.Wakil rakyat DAP Lim Lip Eng kecewa tiada permohonan maaf atau ulasan dakwaan manipulasi rekod perubatan banduan di Penjara Taiping, tahun lalu.

Ahli Parlimen selar Jabatan Penjara cuba ‘elak’ dapatan Suhakam

2026/06/17 13:58
2 min di lettura
Per feedback o dubbi su questo contenuto, contattateci all'indirizzo crypto.news@mexc.com.
penjara taipingInkuiri awam Suhakam mendapati wujud salah laku dalam insiden ke atas banduan di Penjara Taiping pada Januari 2025. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menyelar Jabatan Penjara kerana didakwa cuba mengelak daripada menjawab dapatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung kes serangan banduan di penjara Taiping tahun lalu.

Menyifatkan ia sebagai amat mengecewakan, wakil rakyat DAP itu berkata jabatan itu hanya ‘memilih jalan selamat’ dan mengitar semula maklumat lama mengenai pendakwaan seorang pegawai pada Disember 2025 atas kematian seorang tahanan.

“Jabatan Penjara tidak perlu mengulangi perkara lama itu seolah-olah ia satu pengumuman besar atau bukti ketelusan baharu. Isu sebenar bukan sekadar seorang pegawai telah didakwa atau lima kakitangan diambil tindakan tatatertib.

“Tiada permohonan maaf. Tiada pengakuan jelas terhadap dapatan Suhakam. Tiada penjelasan mengenai dakwaan laporan polis palsu dan rekod perubatan yang dimanipulasi,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Jabatan Penjara mengesahkan lima petugas penjara Taiping kini berdepan prosiding tindakan tatatertib susulan penelitian laporan serta rumusan Panel Inkuiri Awam Suhakam berhubung insiden berkenaan.

Lebih 100 banduan di Penjara Taiping diserang kira-kira 60 warden semasa proses pemindahan dari Dewan B ke Blok E pada Januari 2025. Seorang tahanan, Gan Chin Eng, maut dalam insiden itu.

Mengulas lanjut, Lim turut menuntut tindakan tegas diambil terhadap seluruh rantaian salah laku berkenaan tanpa sebarang kompromi.

Beliau mendesak agar pengarah penjara Taiping ketika kejadian dan lima kakitangan yang kini sedang berdepan prosiding tatatertib digantung tugas serta-merta sementara siasatan lanjut dijalankan.

“Pegawai yang membuat laporan polis palsu mesti disiasat dan didakwa. Kakitangan yang memanipulasi rekod perubatan mesti dibawa ke muka pengadilan.

“Pegawai atasan cuai atau gagal bertindak tidak boleh berlindung di sebalik jawatan dan pakaian seragam,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: gli articoli ripubblicati su questo sito provengono da piattaforme pubbliche e sono forniti esclusivamente a scopo informativo. Non riflettono necessariamente le opinioni di MEXC. Tutti i diritti rimangono agli autori originali. Se ritieni che un contenuto violi i diritti di terze parti, contatta crypto.news@mexc.com per la rimozione. MEXC non fornisce alcuna garanzia in merito all'accuratezza, completezza o tempestività del contenuto e non è responsabile per eventuali azioni intraprese sulla base delle informazioni fornite. Il contenuto non costituisce consulenza finanziaria, legale o professionale di altro tipo, né deve essere considerato una raccomandazione o un'approvazione da parte di MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel